DARIPADA solekan, rambut serta gaun dan layah yang dikenakan oleh wanita kembar seiras, Brittany dan Briana Deane menjadikan kedua-dua mereka kelihatan sama pada hari perkahwinan mereka. Menariknya, pengantin lelaki yang sedang menunggu kedua-dua mereka di altar juga merupakan kembar seiras yang kelihatan hampir sama. Brittany dan Briana, 32, kedua-duanya berkata ‘saya setuju’ kepada kembar seiras, Josh dan Jeremy Slayers, 34, pada Festival Hari Kembar di Twinsburg, Ohio, Amerika Syarikat (AS)…