KUALA LUMPUR 6 Ogos – Daripada menuntut hak yang sama rata, adalah lebih baik komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) berusaha untuk kembali kepada fitrah insan sebenar.
Itu merupakan nasihat Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hasan kepada komuniti tersebut yang dilihat semakin berani bersuara melalui pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dengan agenda mahu menuntut hak sama rata.
Nasrudin menerusi kenyataannya hari ini mengingatkan bahawa nilai, budaya dan roh Perlembagaan Persekutuan berbeza dengan demokrasi liberal yang diamalkan oleh Barat.
“Tidak ada kebebasan mutlak tanpa pengawasan syariah.
“Komuniti LGBT tidak harus meminta hak yang sama rata, tetapi berusahalah untuk kembali kepada fitrah insan yang sebenar,” ujar beliau. – UTUSAN ONLINE










