Kegagalan Courtois lapor diri cetus spekulasi - Utusan Malaysia

Kegagalan Courtois lapor diri cetus spekulasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 7 Ogos – Kegagalan penjaga gol Chelsea, Thibaut Courtois melaporkan diri untuk sesi latihan bersama kelab Liga Perdana Inggeris itu semalam, telah menimbulkan spekulasi tentang masa depannya selepas dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid.

Pemain antarabangsa Belgium berusia 26 tahun itu diberi kebenaran memanjangkan cuti rehat selepas negaranya menamatkan saingan Piala Dunia di kedudukan ketiga, tetapi dia sepatutnya dijadualkan kembali bagi memulakan sesi latihan selepas Chelsea tewas 0-2 kepada Manchester City dalam aksi Piala Perisai Komuniti.

Courtois menyertai Chelsea dari kelab Belgium, Genk pada 2011 dan kemudian menghabiskan masanya selama tiga musim dipinjamkan ke Atletico Madrid sebelum kembali ke Stamford Bridge untuk menggantikan Petr Cech.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pemain itu berulang kali telah menyatakan hasratnya untuk berada dekat dengan dua anaknya di ibu negara Sepanyol itu dan dengan tempoh setahun kontrak berbaki, Chelsea kini berisiko kehilangan penjaga gol tersebut dengan yuran perpindahan yang lebih rendah pada Januari atau dia dilepaskan secara percuma musim panas akan datang.

Eden Hazard, yang hanya akan tamat kontrak pada 2020, turut menjadi sasaran Real sejak sekian lama, tetapi penyerang itu hadir di pangkalan latihan kelab dekat Cobham, semalam.

Bos Chelsea, Maurizio Sarri, yang menggantikan Antonio Conte bulan lalu mengakui, Jumaat lalu dia tidak pasti sama ada Courtois akan kekal ataupun tidak.

“Setakat ini, Courtois merupakan penjaga gol kelab Chelsea. Saya tidak tahu pada masa depan. Terpulang kepada kelab. Sebenarnya ia lebih bergantung kepada keputusannya sendiri, itu pandangan saya.

“Tetapi, saya berharap Courtois akan kekal menjadi penjaga gol kami. Amat penting untuk kami mengekalkan pemain tonggak,” kata Sarri. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×