Kedah layu diikat Kelantan di laman sendiri - Utusan Malaysia

Kedah layu diikat Kelantan di laman sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR – Kedah sekadar berpuas hati dengan keputusan seri 0-0 menentang Kelantan pada perlawanan pertama Kumpulan C kempen Piala Malaysia di Stadium Darul Aman di sini sebentar tadi.

Pemain kedua-dua pasukan didapati mempamerkan permainan berhati-hati dan perlahan sepanjang 20 minit perlawanan.

Skuad Kedah mendapat peluang terbaik  menjaringkan gol pendahuluan pada minit ke-24 namun tandukan Muhammad Akram Mahinan di hadapan pintu gol hasil hantaran Mohd. Asri Mardzuki berjaya ditangkap Muhammad Faridzuean Kamaruddin.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pasukan Kelantan turut melakukan beberapa serangan balas tetapi gagal melakukan penyudah yang tepat menerusi penyerangnya Syafiq Shaharudin dan Cristiano Marcolino Santos.

Pada separuh kedua, skuad Helang Merah berusaha memburu gol sulung pertama dan peluang terhidang menerusi pemain import, 
Paulo Rangel hampir menghadiahkan gol untuk Kedah pada minit ke-71.

Peluang keemasan itu diperoleh hasil hantaran lintang oleh Andik Vermansyah namun gagal ditolak kemas Rangel.

Lima minit kemudian, Kelantan pula membalas gerakan serangan menerusi Cristiano Marcolino namun sepakannya tersasar melepasi palang gol Kedah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×