Kastam beli senjata RM1.5 juta sebelum dapat lesen - Utusan Malaysia

Kastam beli senjata RM1.5 juta sebelum dapat lesen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) gagal memanfaatkan 304 unit senjata api bernilai RM1.5 juta yang dibeli sejak 2015 kerana perolehannya dilaksanakan sebelum mendapat kelulusan lesen daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2017 Siri 1 yang dibentangkan di Dewan Rakyat semalam, keadaan itu menyebabkan objektif pembekalan senjata api ber­kenaan tidak tercapai.

Bagi menyelesaikan isu itu, Ketua Audit Negara mengesyorkan agar diadakan pertemuan dan perbincangan peringkat tertinggi antara JKDM dan PDRM.

Menurut laporan itu, senjata api berkenaan termasuk senjata automatik kini disimpan di Cawangan Operasi Marin dan Khidmat Sokongan Ibu Pejabat JKDM iaitu sebanyak 234 unit de­ngan nilai RM917,600 dan di stor syarikat pembekal iaitu sebanyak 70 unit de­ngan nilai RM624,050.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN