SHAH ALAM 16 Ogos – Malang tidak berbau bagi seorang murid tahun lima apabila cubaanya untuk mengambil pakaian di ampaian rumahnya di tingkat lima kuarters Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang akhirnya bertukar tragedi hingga meragut nyawanya. Dalam kejadian pukul 7.15 petang semalam, Mohd. Badrul Amin Abdul Rahman, 11, dikatakan duduk di atas balkoni belakang rumahnya dan cuba mengambil pakaian di ampaian tetapi malangnya tali ampaian tersebut tiba-tiba terputus…










