HATI pemilik nama Kaka Azraff itu tidak pernah tertutup untuk menerima cinta baharu. Biarpun pernah beberapa kali melalui episod putus cinta, situasi itu tidak pernah membuatkan dirinya serik untuk membuka hatinya untuk mengenali orang baharu. Apatah lagi sudah menginjak usia 29 tahun, sudah pasti pertanyaan klise mengenai pasangan hidup yang diajukan kepadanya bagaikan sudah lali di telinganya. Sungguhpun begitu, pemilik nama sebenar Nor Atiqa Noor Azraff itu mahu meletakkan perjalanan…