KUALA LUMPUR 15 Ogos – Suri rumah, Khadijah Mohd Noor Kamal berjaya merangkul gelaran juara program pertandingan masakan Versus 1001 Rasa Baba’s musim kedua yang ditayangkan di TV3. Kemenangan tersebut membolehkan Khadijah, 39, membawa pulang RM10,000, ketuhar gelombang mikro Fargo dan tiket penerbangan ke Melbourne, Australia tajaan AirAsia. Khadijah menewaskan tiga finalis lain iaitu Cef Budiman Bistari yang mendapat tempat kedua dan Nazura Zainal Abidin serta Muhammad Izwan Ramli yang…










