KETIKA dua pelajar universiti mengetuk pintu kedai makanan organik milik Lillian Kanari kira-kira lima tahun lalu, dia menyedari bahawa kemahiran reka bentuk laman web yang dimiliki mereka mampu menyelesaikan masalah pembaziran makanan yang dialaminya. Selain itu, kebanyakan pelanggan juga mengadu, barangan yang dihantar ke rumah mereka tidak sama seperti yang dipesan melalui telefon. “Kami mengalami kerugian dalam isu kehilangan dan pembaziran makanan,” ujar Kanari. Kini, tiga ladang yang dimiliki Kanari…










