PELABUHAN KLANG 11 Ogos – Langkah Malaysia untuk menjual kapal mewah Equanimity yang dipercayai dibeli daripada duit hasil skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak bertentangan dengan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ). Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika menegaskan perkara itu berkata, Malaysia mempunyai hak untuk berbuat demikian kerana duit yang didakwa diseleweng adalah milik negara dan langkah menjual semula kapal itu tepat bagi membolehkan kerajaan mendapatkan semula duit tersebut.…










