JAKARTA (Indonesia) – Masalah pencemaran udara akibat daripada jerebu serba sedikit merisaukan kontinjen Malaysia yang sudah berkampung di sini memandangkan Sukan Asia 2018 akan dibuka secara rasmi di Stadium Gelora Bung Karno malam ini. ABDUL AZIM Situasi tersebut diakui ketua kontinjen negara, Datuk Seri Abdul Azim Mohd. Zabidi (gambar kecil) yang mendedahkan, beberapa pegawai kontinjen pasukan lain turut menyuarakan kebimbangan berhubung kesan jerebu sejak mereka tiba di Jakarta pada Rabu…










