JDT tewas kepada MISC-MIFA - Utusan Malaysia

JDT tewas kepada MISC-MIFA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 5 Ogos – Juara bertahan Piala Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) memulakan kempen musim ini dengan langkah kiri apabila tewas 1-2 kepada MISC-MIFA dalam aksi Kumpulan C di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin, sebentar tadi.

Keputusan Kumpulan C lain menyaksikan Kedah dan Kelantan terikat tanpa jaringan dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Darul Aman, Alor Setar.

Dalam aksi Kumpulan B pula, PDRM tewas 2-5 kepada PKNS di Stadium Hang Jebat manakala di Stadium Tun Abdul Razak, Felda United dan Melaka United menamatkan perlawanan dengan keputusan seri tanpa sebarang jaringan. – UTUSAN ONLINE

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×