KUALA LUMPUR 6 Ogos – Jawatan Presiden PKR akan diserahkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Kongres Nasional PKR yang dijadual berlangsung pada November nanti.
![]() |
|
WAN AZIZAH
|
Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang menyandang jawatan Presiden PKR bersyukur dengan kemenangan tanpa bertanding Anwar semalam.
Dr. Wan Azizah mengharapkan peralihan kuasa Presiden PKR akan membawa PKR dan negara ke tahap yang lebih cemerlang.
“Pada Kongres nanti, selepas 19 tahun, jawatan Presiden akan diserahkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk beliau mengemudi bahtera perjuangan..
“Semoga dapat membawa parti dan negara ke tahap yang lebih cemerlang, insya-Allah,” kata Dr. Wan Azizah dalam Facebook beliau.
Anwar menang tanpa bertanding apabila menjadi satu-satunya calon yang menghantar borang ke ibu pejabat PKR di Petaling Jaya bagi merebut jawatan tersebut semalam.
Dr. Wan Azizah menjadi Presiden PKR sejak parti itu ditubuhkan 19 tahun lalu semasa era reformasi berlangsung ekoran pemecatan Anwar daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO ketika itu.-UTUSAN ONLINE











