Kita sering membuat tanggapan bahawa rasa kesepian dan terasing menyebabkan seseorang itu sukar untuk lena atau kurang tidur, namun kajian terbaharu membuktikan ia juga boleh berlaku secara sebaliknya. Kurang tidur adalah pencetus rasa sepi dan keengganan menghampiri orang lain. Hasil imbasan pada otak individu yang kurang tidur didapati, bahagian minda yang menggalakkan interaksi sosialnya tertutup selain cenderung menjauhi orang lain kerana berasa seperti terancam. Kajian yang dilakukan oleh dua saintis…










