Isteri Shane Filan diumumkan bankrap - Utusan Malaysia

Isteri Shane Filan diumumkan bankrap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 5 Ogos – Selepas penyanyi dari kumpulan Westlife, Shane Filan diumumkan bankrap pada tahun 2012 lalu, kini isterinya, Gillian Filan pula mengalami situasi yang sama.

SHANE bersama isterinya, Gillian.
SHANE bersama isterinya, Gillian.

Wanita berusia 39 tahun itu diisytiharkan bankrap oleh mahkamah tinggi pada 23 Julai lalu kerana mempunyai hutang bernilai kira-kira RM106 juta.

Menurut Daily Mail Online, salah satu punca kepada perkara tersebut ialah kerana Gillian dan Shane mempunyai hutang bersama.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sebelum bankrap, Shane menubuhkan syarikat hartanah, Shafin Developments bersama abangnya, Finbarr yang menggunakan wang pinjaman daripada Bank Ireland dan Bank Ulster.

Selepas bankrap, pasangan suami isteri yang berkahwin pada tahun 2003 ini terpaksa menjual rumah mereka di Sligo, Ireland. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×