Israel henti bekal minyak, gas ke Gaza - Utusan Malaysia

Israel henti bekal minyak, gas ke Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS 2 Ogos – Israel akan menghentikan penghantaran minyak dan gas ke Semenanjung Gaza bermula hari ini sebagai membalas tindakan kumpulan pejuang Pa­lestin melancarkan belon api yang memusnahkan ladang tanaman di Israel.

Kenyataan dari pejabat Men­teri Pertahanan, Avigdor Lieberman memaklumkan, beliau telah mengarahkan pemberhentian bekalan minyak ke kawasan ber­kenaan melalui laluan Kerem Shalom sehingga diberitahu kelak.

“Keputusan itu dibuat selepas mengambil kira keganasan berte­rusan membabitkan belon api dan pertempuran yang berlaku di sepanjang pagar sempadan,’’ lapor kenyataan tersebut.

Bantahan setiap Jumaat yang berlangsung selama empat bulan di sepanjang sempadan Gaza-Israel bermula 30 Mac lalu semakin reda tetapi para penganjur berikrar akan meneruskan bantahan itu sehingga Israel menarik balik sekatan ekonomi di Semenanjung Gaza.

Sekurang-kurangnya 155 penduduk Palestin terbunuh dalam bantahan itu dan seorang anggota tentera Israel mati ditembak oleh penembak curi di Gaza.

Israel mengalami kerugian besar ekoran kebakaran ladang dan hutan yang berpunca daripada belon api dan helium yang dilepaskan dari Gaza.

Israel sebelum ini telahpun bertindak balas dengan menghalang kemasukan bara­ngan komersial ke Gaza. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN