Zhe Yie pasang strategi di Selama

Zhe Yie pasang strategi di Selama

Barisan pelumba Terengganu Cyling Team pada majlis pengenalan pelumba sebelum bermulanya perlumbaan LTdL26 peringkat 1, hari ini. - UTUSAN/ISKANDAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAMPAR: Dua mata yang diraih dalam perebutan Raja Bukit pada peringkat 1 menyuntik keyakinan buat pelumba Terengganu Cycling Team (TSG), Kee Zhe Yie untuk memburu kutipan lebih besar pada peringkat 2 Le Tour de Langkawi 2026 (LTdL26), esok.

Zhe Yie menyasarkan zon pendakian Kategori 4 di Selama pada kilometer (km) 53.6 berketinggian 98 meter sebagai peluang terbaik untuk menambah mata sebelum mengharungi pendakian Kategori 1 ke puncak Gunung Jerai.

“Hari ini ada zon KOM dan saya cuba memburunya, tetapi sudah ada pelumba lain terlepas di depan menyebabkan saya berpuas hati di tempat kedua dalam perebutan jersi Raja Bukit.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jadi untuk perlumbaan esok, kalau berpeluang saya mahu cuba mengejar awal zon KOM pertama di Selama itu untuk mengutip mata bukit supaya kedudukan lebih selesa,” katanya kepada pemberita selepas tamat perlumbaan, hari ini.

Dalam perlumbaan peringkat 1 dari Shah Alam ke Kampar sejauh 193 km itu, Zhe Yie turut memainkan peranan penting membantu Nur Aiman muncul Pelumba Terbaik Asia sekali gus membolehkannya menyarung Jersi Asia.

Mengulas mengenai pendakian Kategori 1 ke puncak Gunung Jerai pada peringkat 2 sejauh 145.6km dari Taiping esok, Zhe Yie mengakui persaingan terbuka luas kerana kebanyakan pelumba masih belum mengetahui keadaan sebenar laluan tersebut.

“Saya sendiri tidak tahu keadaan sebenar di sana sebab memang tidak pernah mendaki Gunung Jerai.

“Rancangan saya hanyalah mengekori kelompok hadapan sebelum mula bertarung mencari posisi terbaik apabila pendakian bermula nanti,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×