Malucelli kuasai pentas pembukaan LTdL26

Malucelli kuasai pentas pembukaan LTdL26

Pelumba XDS Astana Team, Matteo Malucelli (kiri) muncul juara peringkat 1 Le Tour de Langkawi 2026 (LTdL26) dari Shah Alam ke Kampar, hari ini.UTUSAN/Iskandar Ishak
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAMPAR: Kurang 24 jam selepas terbabit kemalangan ketika menjalani latihan, Matteo Malucelli bangkit dengan aksi bertenaga apabila pelumba XDS Astana Team itu memenangi peringkat 1 Le Tour de Langkawi 2026 (LTdL26) dari Shah Alam ke Kampar, hari ini.

Pelumba Itali berusia 32 tahun itu menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 4 jam 6 minit 53 saat (4:06:53) dalam perlumbaan sejauh 193 kilometer (km) yang berakhir menerusi penamat beramai-ramai.

Riley Pickrell dari Modern Adventure Pro Cycling dan Fernando Gaviria (Caja Rural-Seguros RGA) masing-masing mencatat masa sama untuk menduduki tempat kedua dan ketiga.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kemenangan itu turut membolehkan Malucelli menyarung jersi jingga selaku pendahulu klasifikasi keseluruhan (GC), selain menguasai jersi biru Raja Pecut dengan 15 mata, diikuti Pickrell (12 mata) dan Gaviria (sembilan mata).

Lebih menarik, kejayaan tersebut hadir selepas Malucelli terbabit kemalangan ketika menjalani latihan kelmarin apabila tergelincir di sebuah selekoh sebelum terhentak kuat pada tangannya.

Dia kemudian menjalani pemeriksaan sinar-X dan dibenarkan meneruskan perlumbaan selepas tiada keretakan serius dikesan.

Berikut adalah keputusan bagi peringkat 1 LTdL26:

10 Pelumba Terbaik:
1. Matteo Malucelli (ITA) XDS Astana Team
2. Riley Pickrell (CAN) Modern Adventure Pro Cycling
3. Fernando Gaviria Rendon (COL) Caja Rural-Seguros RGA
4. Ronan Auge (FRA) Unibet Rose Rockets
5. Iker Villar Galdeano (SPA) Caja Rural-Seguros RGA
6. Rodrigo Alvarez Rodriguez (SPA) Burgos-Burpellet-BH
7. Hijiri Oda (JPN) Aisan Racing Team
8. Gleb Syritsa (RUS) XDS Astana Team
9. Seppe Van Den Boer (BEL) Tudor Pro Cycling Team
10. Filippo Cettolin (ITA) Bardiani CSF 7 Saber

(Nota: Komisar perlumbaan memberikan masa sama, iaitu empat jam enam minit dan 53 saat kepada 105 daripada 118 pelumba setelah melintasi garisan penamat secara berkelompok)

Jersi Jingga (Pendahulu Keseluruhan):
1. Matteo Malucelli (ITA) XDS Astana Team – 4:06:43s
2. Javier Ibanez Beltran de Salazar (SPA) Caja Rural-Seguros RGA – 4:06:46s
3. Riley Pickrell (CAN) Modern Adventure Pro Cycling – 4:06:47s

Jersi Biru (Raja Pecut):
1. Matteo Malucelli (ITA) XDS Astana Team – 15 mata
2. Riley Pickrell (CAN) Modern Adventure Pro Cycling – 12 mata
3. Fernando Gaviria Rendon (COL) Caja Rural-Seguros RGA – 9 mata

Jersi Polka Dot (Raja Bukit):
1. Petr Rikunov (RUS) Wheeltop Rotor Chengdu Team – 4 mata
2. Kee Zhe Yie (MAS) Terengganu Cycling Team – 2 mata
3. Muhammad Syawal Mazlin (MAS) Malaysia Pro Cycling – 1 mata

Jersi Putih (Pelumba Asia Terbaik):
1. Muhammad Nur Aiman Rosli (MAS) Terengganu Cycling Team – 4:06:49s
2. Hijiri Oda (JPN) Aisan Racing Team – 4:06:53s
3. Mohamad Izzat Hilmi Abdul Halil (MAS) Malaysia Pro Cycling – 4:06:53s

Pasukan Terbaik Keseluruhan:
1. Caja Rural-Seguros RGA – 12:20:39s
2. Team Picnic POSTNL – 12:20:39s
3. TotalEnergies – 12:20:39s

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×