Ireland inspirasi Malaysian Tigress - Utusan Malaysia

Ireland inspirasi Malaysian Tigress

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEJAYAAN Ireland ber­­-
gelar finalis Piala Dunia Hoki Wanita 2018 mencetus inspirasi buat skuad hoki wanita negara untuk mencipta kejutan memenangi pingat pada Sukan Asia 2018 di Jakarta dan Palembang, Indonesia dari 18 Ogos ini hingga 2 September depan.

Sebelum ini, tiada siapa meramalkan The Green Army layak ke final Piala Dunia 2018 berdasarkan kedudukan mereka sebagai pasukan ranking kedua terendah kejohanan (No. 16 dunia), selain penampilan kali ini merupakan yang pertama sejak 16 tahun lalu.

Ireland membuktikan sebaliknya apabila berjaya mengukir pelbagai kejutan termasuk menewaskan gergasi-gergasi dunia dalam laluan ke final kejohanan di London itu yang melabuhkan tirai semalam.

Pakar flick skuad Malaysian Tigress, Nuraini Abdul Rashid percaya mereka juga mampu melakukan perkara sama meskipun secara realistik sedar ia bukan satu tugas mudah memecah monopoli empat gergasi Asia dalam misi meraih pingat gangsa Sukan Asia 2018.

“Saya mengikuti perkembangan Piala Dunia 2018 tetapi tidak terfikir Ireland mampu layak ke final. Awal lagi sudah terkejut mereka mara ke suku akhir sebagai juara kumpulan dibarisi England, Amerika Syarikat dan India.

“Kejayaan Ireland ini sama seperti skuad bola sepak Croatia muncul naib juara Piala Dunia 2018 baru-baru ini. Apa tidaknya, Ireland antara ranking teruk dalam kejohanan itu tetapi berjaya mara ke final.

“Ia satu inspirasi buat kami, jika Ireland boleh, tidak mustahil kami juga boleh me­lakukan sesuatu pada Sukan Asia. Kami perlu berikan aksi terbaik dalam setiap perlawanan, sama se­perti Ireland,” katanya ketika dihubungi Kos­mo! semalam.

Skuad negara, No. 22 dunia, merupakan pasukan ranking kelima terbaik pada Sukan Asia 2018, di belakang empat gergasi Asia yang ber­aksi pada Piala Dunia 2018 iaitu China (No. 8 dunia), Korea Selatan (No. 9 dunia), India (No. 10 dunia) dan Jepun (No. 12 dunia).

Malaysian Tigress yang akan berlepas ke Jakarta minggu depan, diundi dalam Kumpulan A bersama naib juara, China, Jepun, Hong Kong dan Taiwan.

Kumpulan B pula terdiri daripada juara bertahan, Korea Selatan, India, Thailand, Kazakhstan dan Indonesia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN