TANGGUNGJAWAB. Sekumpulan gajah daripada spesies terancam di Pusat Konservasi Kuala Gandah Temerloh, Pahang mendapat perhatian khusus dari beberapa kakitangan syarikat swasta Ipmuda Berhad menerusi program Melindungi Legasi Gajah Asia baru-baru ini. Program tersebut memberi tumpuan dalam aspek mempertingkatkan pengetahuan dan kesedaran tentang pentingnya pemuliharaan gajah seperti pembersihan, penyediaan makanan, proses pembelajaran dan pemahaman.










