FILEM terbaharu lakonannya, Pulang kini sedang rancak ditayangkan di pawagam seluruh negara sejak 26 Julai lalu. Terharu dengan sambutan menggalakkan, Remy Ishak, 36, bersyukur atas ‘puja puji’ khalayak yang telah menikmati filem arahan pengarah Kabir Bhatia itu. Digelar sebagai naskhah terbaik dengan penghayatan paling mencengkam yang pernah dipersembahkan, namun itu bukan alasan untuk pemilik nama lengkap, Mohammad Zalimei Ishak itu mendabik dada. Akuinya, selama ini pun dia sentiasa mahu memberi…










