LUMUT – Harga ikan yang mahal di pasaran sebenarnya bukan berpunca daripada masalah kompleks pendaratan dan jeti perikanan sebaliknya disebabkan musim tangkapan para nelayan. Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Raja Kahalid Raja Ariffin berkata, masalah ikan mahal tersebut bukan sahaja berlaku di Terengganu tetapi ia terjadi di seluruh negara. “Sebenarnya masalah harga ikan mahal disebabkan ia bermusim. Ada musim tangkapan banyak dan ada musim tangkapan kurang.…










