BEIJING – Satu kebakaran yang berlaku di sebuah hotel menyebabkan sekurang-kurangnya 18 orang terbunuh, manakala 19 cedera dekat sini pada awal pagi semalam, menurut media tempatan. Kebakaran itu melibatkan Hotel Beilong Hotspring Leisure di Harbin, wilayah timur laut Heilongjiang, lapor agensi berita, Xinhua. “Sekurang-kurangnya 18 ditemui mati dan 19 orang yang cedera telah dikejarkan ke hospital,” kata agensi berita itu yang memetik kenyataan pihak berkuasa. Beberapa imej yang disiarkan menerusi…










