HFMD: Empat sekolah, prasekolah dan tadika masih ditutup di Negeri Sembilan - Utusan Malaysia

HFMD: Empat sekolah, prasekolah dan tadika masih ditutup di Negeri Sembilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN – Kesemua prasekolah dan sekolah, masing-masing sebuah serta dua tadika di negeri ini masih ditutup ekoran penularan kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, S. Veerapan berkata, prasekolah itu ialah Sekolah Kebangsaan Seremban 2A dan Sekolah Rendah Islam (SRI) Awfa, Seremban 2 manakala dua  tadika terlibat ialah Tadika Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Kampung Sendayan dan Tadika Perpaduan Taman Bukit Kepayang, kesemuanya terletak di Seremban.

“Hingga hari ini (6 Ogos) jumlah kes yang dilaporkan adalah 1,868 kes berbanding hanya 594 pada tempoh sama tahun lepas iaitu peningkatan sebanyak 214 peratus,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pada Jumaat lepas, sebanyak lima taska, tadika dan prasekolah yang ditutup di seluruh negeri.

Beliau berkata, taburan kes HFMD mengikut daerah sepanjang 2018 ialah 1,299 kes dilaporkan di Seremban, Jempol (140 kes), Port Dickson (122 kes), Kuala Pilah (101 kes), Rembau (95 kes), Jelebu (58 kes) dan 53 kes di Tampin.

Katanya, jumlah kes yang didaftarkan pada minggu ke-32 tahun ini adalah tiga dan kesemuanya di Jelebu. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN