Henti promosi aktiviti LGBT dalam program kerajaan negeri - Utusan Malaysia

Henti promosi aktiviti LGBT dalam program kerajaan negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 8 Ogos – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) negeri diminta menghentikan promosi acara Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) dalam Festival Georgetown yang dianjurkan kerajaan negeri.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal, Mohd. Norhiesam Ismail berkata, program berkenaan yang sedang berlangsung sehingga 2 September depan sangat mendukacitakan.

Katanya, kerajaan negeri tidak sensitif terhadap orang Islam yang merupakan penduduk majoriti di negara ini.

“Seharusnya bulan Kemerdekaan diraikan dengan penuh patriotik namun kerajaan negeri menyimpanh jauh daripada maksud sebenar apabila mereka memilih pejuang dan aktivis LGBT sebagai ikon dalam program berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Katanya, pemilihan peguam kontroversi, Siti Kassim, Nisha Ayub serta Pang Kher Teik yang dikaitkan sebagai aktivis LGBT mempunyai maksud tersurat dan tersirat.

“Ketiga – tiga mereka dijadikan ikon dalam program berkenaan malahan biodata mereka secara terang – terangan menyatakan mereka merupakan pejuang LGBT sangat bercanggah dengan budaya dan agama di negara ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN