KUALA TERENGGANU 21 Ogos – Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar mengajak rakyat menghayati pengertian pengorbanan dengan meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan penduduk daripada pelbagai latar bangsa. Ahmad Samsuri berkata, dalam konteks dunia hari ini, perpaduan itu sangat dituntut agar semua dapat bergerak seiringan menunaikan tanggungjawab dan bersama-sama menyumbang ke arah pembangunan bangsa, agama dan negara. Katanya, ini wajar diteladani seluruh rakyat khususnya umat Islam terutama dengan keadaan kerajaan negeri…