MUAR 31 Ogos – Seramai 5,210 peserta melibatkan 132 kontinjen, masing-masing 113 kontinjen berjalan kaki dan 19 berkenderaan menyertai perbarisan dan perarakan Hari Kebangsaan 2018 peringkat negeri di Dataran Tanjung Emas di sini sebentar tadi. Seawal pukul 7 pagi, orang ramai terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat mula membanjiri lokasi perbarisan bagi menantikan perarakan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan serta pihak korporat. Perbarisan dan perarakan sepanjang kira-kira satu kilometer itu disaksikan…










