JAGUH berbasikal trek negara, Mohd. Azizulhasni Awang menyifatkan kemenangannya meraih pingat emas acara pecut individu Sukan Asia 2018 sebagai hadiah terbaik untuk negara sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-61 hari ini. Azizulhasni yang terkenal dengan jolokan The Pocket Rocketman melakukan kayuhan cemerlang apabila berjaya menewaskan pelumba handalan Jepun, Tomohiro Fukaya dalam kedua-dua saingan akhir untuk merangkul pingat emas kelima kontinjen Malaysia. “Saya gembira dengan kemenangan ini dan saya anggap ia hadiah…










