KUALA LUMPUR – Golongan muda diingatkan tidak mempersia-siakan nikmat kemerdekaan negara yang dikecapi sejak 61 tahun lalu melibatkan diri dengan sebarang budaya yang boleh merosakkan masa depan mereka. Setiausaha Politik Perdana Menteri, Abu Bakar Yahya sebaliknya mahu generasi muda supaya mengisi nikmat kemerdekaan itu dengan aktiviti serta cara hidup berfaedah yang boleh memberi manfaat kepada kemajuan negara pada masa depan. “Sudah 61 tahun merdeka, jangan lagi kita (rakyat) khususnya golongan muda…










