Gempa bumi Lombok: 91 terkorban, ribuan rumah musnah - Utusan Malaysia

Gempa bumi Lombok: 91 terkorban, ribuan rumah musnah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA – Seramai 91 orang dilaporkan terkorban setakat ini dalam kejadian gempa bumi di Lombok semalam, yang turut memusnahkan  beribu-ribu buah rumah dan bangunan di pulau itu.

Jumlah mangsa yang terkorban itu dikhuatiri terus meningkat berikutan operasi mencari dan menyelamat di kawasan yang musnah teruk masih dilakukan pasukan penyelamat.

Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia menyatakan bahawa kawasan yang mengalami kesan teruk akibat gempa itu ialah di Kabupaten Lombok Utara, Lombok Timur dan Kota Mataram.

Ketua Pusat Data Informasi dan Hubungan Masyarakat, BNPB,  Sutopo Purwo Nugroho berkata, setakat 10 pagi ini semua mangsa yang terkorban itu dikenal pasti sebagai warga Indonesia yang kebanyakannya terkorban di Lombok Utara seramai 72 orang, manakala yang lainnya dicatatkan terkorban di Lombok Barat,  Lombok Tengah,  Kota Mataram, dan  Lombok Timur.

“Kebanyakan mangsa terkorban akibat terkena runtuhan bangunan, setakat ini lebih 200 dilaporkan cedera, dan kini dirawat di kawasan luar atau perkarangan pusat kesihatan atau rumah sakit kerana kondisi bangunan banyak yang rosak, selain kebimbangan berikutan berlaku gempa susulan,” katanya. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN