Gempa bumi Lombok: 82 orang maut, ratusan cedera - Utusan Malaysia

Gempa bumi Lombok: 82 orang maut, ratusan cedera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DENPASAR – Angka kematian akibat gempa bumi di pulau Lombok meningkat kepada 82 orang, manakala ratusan lagi dilaporkan cedera.

Jurucakap agensi bencana kebangsaan, Sutopo Purwo Nugroho, berkata gempa bumi itu turut mengakibatkan ratusan bangunan musnah.

Gempa bumi berukuran 7.0 skala Ritcher yang melanda Lombok, malam tadi, mengejutkan pelancong dan penduduk tempatan.

Pagi ini gegeran berukuran sederhana turut direkodkan.

Gegaran itu turut dirasai penduduk di pulau Bali yang terletak berhampiran.

Sutopo berkata, amaran tsunami yang dikeluarkan sebelum ini, sudah ditarik balik, namun kebanyakan penduduk sudah menyelamatkan diri ke kawasan lebih selamat.

“Amaran tsunami yang dikeluarkan menyebabkan ramai penduduk cemas,” katanya.

Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata, pusat gempa bumi yang melanda utara Lombok terletak hanya 10 kilometer di bawah tanah dan diikuti oleh dua gempa lagi gegaran, selain 12 gempa susulan.

Pasukan penyelamat berkata, gempa bumi menyebabkan kerosakan teruk di Mataram, iaitu bandar utama di Lombok. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN