Facebook, Instagram perkenal aplikasi pengurusan masa - Utusan Malaysia

Facebook, Instagram perkenal aplikasi pengurusan masa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS 1 Ogos – Rangkaian media sosial gergasi iaitu Facebook dan Instagram bakal melancarkan satu aplikasi baharu yang membolehkan pengguna menguruskan masa ketika menggunakan kedua-dua platform berkenaan.

Antara fungsi aplikasi tersebut termasuk mengehadkan notifikasi dan menyediakan satu petunjuk yang membolehkan pengguna mengetahui berapa lama mereka melayari Facebook dan Instgram.

Facebook menerusi satu kenyataan memaklumkan bahawa aplikasi tersebut bertujuan mendidik pengguna supaya menggunakan platform media sosial secara positif dan bijak mengurus masa.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Harapan kami adalah aplikasi ini dapat membantu pengguna mengawal masa mereka ketika menggunakan Facebook dan Instagram tanpa mengekang aktiviti fizikal lain termasuk perbualan bersama keluarga,” jelas kenyataan tersebut. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×