KUALA LUMPUR 24 Ogos – Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan syarikat 1Malaysian Development Berhad (1MDB), dua syarikat subsidiarinya dan Kerajaan Malaysia untuk menjual kapal mewah Equanimity. Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Khadijah Idris memutuskan demikian selepas mendengar permohonan yang dikemukakan secara sebelah pihak (ex-parte) di kamar hakim di sini sebentar tadi. Peguam, Jeremy Joseph memaklumkan penjualan tersebut akan dibuat secara tender terbuka secepat mungkin, sebelum penghujung tahun ini. – UTUSAN…