Bonus untuk pekerja berjaya turun berat badan

Bonus untuk pekerja berjaya turun berat badan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Sebuah syarikat teknologi di China mencetuskan perhatian selepas menawarkan bonus sehingga satu juta yuan (RM591,463) bagi menggalakkan kakitangan menurunkan berat badan.

12 Ogos lalu, syarikat yang berpangkalan di Shenzhen, Arashi Vision Inc., yang lebih dikenali sebagai Insta360, menjadi tajuk utama dengan penganjuran tahunannya, ‘cabaran turun berat badan sejuta yuan’.

Program itu bertujuan menggalakkan pekerja mengamalkan gaya hidup sihat melalui senaman dan pemakanan seimbang.

Menurut peraturan itu, semua pekerja layak menyertai dan bagi setiap 0.5 kilogram (kg) berat badan yang diturunkan, mereka akan menerima ganjaran tunai sebanyak 500 yuan (RM296).

Tahun ini, seorang pekerja, Xie Yaqi, diumumkan sebagai ‘juara turun berat badan’ selepas berjaya mengurangkan 20 kg dalam tempoh tiga bulan, sekali gus menerima 20,000 yuan (RM11,845) sebagai ganjaran.

Yaqi mendedahkan dirinya kekal berdisiplin sepanjang cabaran itu dengan mengawal pemakanan secara teliti dan bersenam selama 1.5 jam setiap hari.

Sejak 2022, syarikat tersebut menganjurkan tujuh pusingan cabaran itu, dengan mengagihkan hampir dua juta yuan (RM1.18 juta) dalam bentuk hadiah.

Hanya dalam tempoh setahun, seramai 99 pekerja mengambil bahagian dalam cabaran tersebut, berjaya menurunkan berat badan keseluruhan sehingga 950kg dan berkongsi ganjaran tunai berjumlah satu juta yuan.

Bagaimanapun, peserta yang kembali menaikkan berat badan perlu membayar denda sebanyak 800 yuan (RM473) bagi setiap 0.5kg.

“Melalui cabaran ini, kami berusaha memupuk gaya hidup sihat dan menggalakkan pekerja memberi keutamaan kepada kesejahteraan diri di luar tugasan kerja,” kata seorang wakil syarikat.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×