Enam duta Malaysia ditamat perkhidmatan - Utusan Malaysia

Enam duta Malaysia ditamat perkhidmatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 6 Ogos – Kerajaan telah menamatkan perkhidmatan enam duta lantikan politik yang berstatus kontrak pada 30 Jun lalu.

Kementerian Luar membe­ri­tahu, mereka ialah Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim serta Tan Sri Bernard Giluk Dompok (Vatican City) dan Datuk Blanche Olbery (Finland).

Menurut kementerian tersebut, tiga lagi duta terbabit ialah Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei, Datuk Ghulam Jelani Khanizam; Presiden Pusat Persahabatan dan Perdagangan Malaysia di Taiwan, Datuk Adeline Leong dan Konsul Jeneral Malaysia di Kunming, Datuk Siow Chen Pin.

“Seramai lapan ketua perwakilan Malaysia telah dilantik secara lantikan politik sebelum ini.

“Dua ketua perwakilan Malaysia iaitu bekas Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat (AS), Tan Sri Dr. Zulhasnan Rafique telah meletakkan jawatan pada 23 April lalu manakala Duta Besar Malaysia ke Kemboja, Datuk Seri Hasan Malek menamatkan perkhidmatan pada 31 Mac lalu,” kata Kementerian Luar dalam jawapan bertulis yang diedarkan di bilik media bangunan Parlimen, hari ini.

Kementerian berkenaan menjawab soalan Pang Hok Ling (PH-Labis) berhubung jumlah duta-duta yang meletakkan jawatan dan ditamatkan kontrak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN