Ducati pamer belang di Brno - Utusan Malaysia

Ducati pamer belang di Brno

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BRNO, Republik Czech – Pelumba Itali, Andrea Dovizioso melakar sejarah tersendiri pada perlumbaan kali ke-100 bersama Ducati apabila muncul juara dalam aksi kejua­raan Motosikal Dunia (MotoGP) pada saingan Grand Prix (GP) Republik Czech malam tadi.

Dovizioso yang memulakan perlumbaan di petak pertama bijak mengawal perlumbaan sepanjang 19 pusingan tersebut apabila menamatkan kejuaraan dengan merekod catatan masa 41 minit 07.728 saat.

Meskipun diasak hebat oleh pendahulu perlumbaan, Marc Marquez, namun ia tidak menjejaskan rentak tunggangan Dovizioso apabila menutup segala ruang untuk muncul juara di Litar Brno dengan merekod catatan masa 41 minit 07.728 saat.

Memuatkan artikel berkaitan…

Lebih manis rakan se­pasukannya, Jorge Lorezno yang ketinggalan pada awal perlumbaan bangkit pada 10 pusingan ter­akhir saingan dengan menamatkan perlumbaan di kedudukan kedua, diikuti Marquez tempat ketiga.

“Bagi saya, hari ini (semalam) adalah perlumbaan yang paling sempurna meskipun semua pelumba berdepan masalah pada tayar belakang yang dilihat sedikit licin pada saingan kali ini.

“Perlumbaan di Repu­blik Czech sangat mencabar kerana Marquez melakukan tekanan pada setiap pusingan. Bagaimanapun, saya tidak putus asa dan mengekalkan momentum terbaik untuk muncul juara hari ini.

“Terima kasih kepada pasukan yang bekerja keras menyediakan jentera terbaik sepanjang minggu ini. Saya gembira dengan prestasi jentera dan berharap mampu meraih kemenangan sete­rusnya,” katanya sejurus tamat perlumbaan.

Kali terakhir Dovizio­so melakar kemenangan pa­da perlumbaan pembukaan pada GP Qatar dan tempat kedua ketika GP Itali.

Hasil keputusan tersebut, Dovizioso kini menduduki tangga ketiga dalam carta kedudukan pelumba dengan me­ngumpul 113 mata.

Marquez kekal sebagai pendahulu perlumbaan dengan mengumpul 181 mata, diikuti Valentino Rossi di kedudukan kedua (132 mata). – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini