Dua trak bertembung, dua maut di Itali - Utusan Malaysia

Dua trak bertembung, dua maut di Itali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROM 6 Ogos – Sekurang-kurangnya dua maut manakala 70 lagi cedera selepas dua trak bertembung berdekatan lapangan terbang Bologna, utara negara ini. Insiden berkenaan mengakibatkan kebakaran besar dan asap hitam menyelubungi kawasan kejadian. Polis berkata mereka telah menutup jalan di mana insiden tersebut berlaku serta kawasan sekeliling di Borgo Panigale, pinggir bandar Bologna. Media tempatan melaporkan sebuah lori bertembung dengan lori tangki berisi bahan mudah terbakar. – REUTERS

Sokong kewartawanan kami

PERCUMA

1 bulan

1 Bulan / RM4.99

Sehari hanya RM0.17

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN