Dua cedera kebakaran rumah kedai - Utusan Malaysia

Dua cedera kebakaran rumah kedai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 1 Ogos – Dua mangsa cedera selepas rumah kedai di diami mereka terbakar dalam kejadian di Kampung Kovil Hilir, di sini malam tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) Kuala Lumpur, Khirudin Drahman @ Hussaini berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 8.42 malam dan sebaik pasukan bomba tiba ke lokasi mendapati api masih marak di bangunan tersebut.

“Kebakaran berlaku membabitkan sebuah bangunan rumah kedai tiga tingkat,” katanya, di sini malam ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut Azmi, seramai 34 anggota termasuk pegawai dikejarkan ke tempat kejadian bagi memadamkan kebakaran.

“Balai yang terlibat dalam operasi itu ialah Balai Bomba dan Penyelamat Titiwangsa, Hang Tuah dan Sentul,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×