Dr. Mahathir berterima kasih kepada Jokowi bantu serah kapal Equanimity - Utusan Malaysia

Dr. Mahathir berterima kasih kepada Jokowi bantu serah kapal Equanimity

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengucapkan terima kasih kepada Presiden Indonesia, Joko Widodo dan kerajaan Indonesia dalam membantu menyerahkan kapal layar mewah Equanimity yang dirampas kepada pihak berkuasa Malaysia.

Dr. Mahathir dalam satu klip video yang dirakam di Fukuoka, Jepun dan dimuat naik ke YouTube hari ini berkata, kerjasama erat itu telah membantu kerajaan Malaysia dalam menyelesaikan satu masalah yang dihadapi.

“Saya betul-betul berterima kasih kepada kerajaan Indonesia terutamanya kepada Bapak Jokowi, Presiden Indonesia yang begitu bekerjasama dengan Malaysia untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi Malaysia,” katanya.

Dr. Mahathir yang kini berada di Jepun untuk lawatan kerja selama empat hari juga berkata, beliau percaya kapal tersebut adalah milik kerajaan Malaysia kerana ia dibeli dengan wang Malaysia yang dicuri pihak tertentu. 

Dalam video selama dua minit 28 saat itu, Perdana Menteri juga berkata, sekiranya ada mana-mana pihak yang mendakwa kapal layar mewah itu adalah milik mereka, jadi mereka perlu menunjukkkan bukti ke atas dakwaan itu. – Bernama 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN