NEW YORK 26 Ogos – Daripada seorang pemain yang bergelut dengan kecederaan dan kekecewaan, Novak Djokovic kini kembali dianggap sebagai pemain yang perlu ditewaskan pada Terbuka Amerika Syarikat (AS) yang bermula esok. Selepas menjuarai Wimbledon dan kemudiannya terbaharu Terbuka Cincinnati, pemain berusia 31 tahun dari Serbia itu bagaimanapun mendapati tiga pemain utama dunia kini hadir menjadi penghalangnya untuk bergelar juara Grand Slam terakhir dalam kalendar 2018. Cuma sedikit meyakinkannya ialah…










