MELAKA – Akibat memberi bayi perempuan berusia 11 bulan makan dadah, sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam. Tertuduh Muhammad Hafiz Rasip, 29, dan isterinya, Nur Khalimah Fatihah Mohd. Affandi, 25, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Norma Ismail. Mengikut pertuduhan, mereka didakwa telah menganiaya bayi perempuan berusia 11 bulan yang termakan dadah di sebuah rumah di Jalan Semabok, di sini pada pukul 7.30 malam, 11 Julai lalu. Mereka didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya