IPOH 18 Ogos – DAP Perak tetap mahu kerajaan negeri menunaikan janjinya untuk memberikan status hak milik 999 tahun atau hak milik kekal kepada kampung-kampung baru seperti yang terkandung dalam tawaran Pakatan Harapan negeri Perak pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Pengerusinya, Nga Kor Ming berkata, hal ehwal tanah adalah berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri dan bukan tertakluk kepada Majlis Tanah Negara (MTN) serta majlis tersebut hanya berperanan…










