Dadah RM30.4 juta dilarikan - Utusan Malaysia

Dadah RM30.4 juta dilarikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NILAI – Sekumpulan lelaki bertopeng bertindak memecah masuk Pejabat Narkotik Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di Jijan di sini sebelum melarikan tujuh buah kotak mengandungi 50 kilogram dadah jenis ketamin dan heroin dianggarkan bernilai RM30.4 juta awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu, 10 lelaki yang menaiki dua buah kenderaan pacuan empat roda dan sebuah kereta telah memasuki premis berkenaan.

Sumber memberitahu, suspek kemudian bertindak memukul dan mengikat dua pengawal ke­selamatan yang bertugas sebelum dipercayai memecahkan satu daripada 10 kontena berisi dadah yang sebelum ini dirampas oleh pihak kastam.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Zaldino Zaludin berkata, pihaknya telah menerima laporan mengenai kes tersebut dan satu sidang akhbar dijadualkan akan dibuat oleh Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Noor Azam Jamaludin hari ini.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN