KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia ditutup tinggi pada akhir dagangan pagi hari ini selari kedudukan bursa serantau susulan belian di kaunter wajaran tinggi terpilih, terutama saham berkaitan kewangan dan produk industri. Pada pukul 12.30 tengah hari, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.50 mata kepada 1,787.97 berbanding 1,783.47 pada penutupan Jumaat lepas. Indeks bergerak antara 1,782.74 dan 1,789.24 di sepanjang sesi pagi selepas dibuka 0.96 mata lebih kukuh…









