PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Bibi Ramjani Ilias Khan enggan melayan desakan mana-mana pihak yang mahu beliau berundur selepas dikatakan gagal membawa pasukan bola sepak negeri itu ke tahap yang memuaskan. Malah, beliau menegaskan akan terus memimpin badan bola sepak negeri itu sehingga tamat tempoh perkhidmatannya iaitu pada 2021. Bibi Ramjani turut menempelak pihak pengurusan KAFA terdahulu dengan memberitahu, mereka seharusnya bertanggungjawab menyelesaikan hutang yang ada sebelum menyerahkannya kepada…