Bersantai bersama artis melalui Kempen Gempak Merdeka Bangi Wonderland - Utusan Malaysia

Bersantai bersama artis melalui Kempen Gempak Merdeka Bangi Wonderland

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGI – Orang ramai berpeluang bersantai secara eksklusif bersama artis popular tanah air di Bangi Wonderland Themepark & Resort (Bangi Wonderland) menerusi kempen Gempak Merdeka anjuran taman tema air tersebut.

Menurut Pengurus Besar Bangi Wonderland, Steven Chan, seramai lima pengunjung dipilih secara rawak akan diberikan sekeping tiket dan makan tengah hari percuma bersama artis pilihan mereka.

Beliau berkata, antara artis yang bakal memeriahkan kempen tersebut ialah Ella, Aishah, Achey Bocey, Tomok, Nabila Razali, Sufian Suhaimi, Black dan Hazama.

“Untuk menyertai kempen ini, orang ramai perlu berkongsi video kempen Gempak Merdeka di media sosial Facebook Bangi Wonderland serta mengikuti beberapa langkah mudah yang ditetapkan.

“Tarikh tutup kempen ini adalah pada 9 Ogos tepat pukul 4 petang dan keputusan akan diumumkan melalui ‘Facebook Live’ Bangi Wonderland pada 10 Ogos,” katanya kepada Kosmo!. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN