KUANTAN – Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mahu semua pihak menggunakan pendekatan berhemah serta tidak melatah dalam menghadapi penyebaran ajaran syiah. Titah baginda walaupun ajaran syiah berbeza dengan Sunnah Wal Jamaah yang menjadi pegangan umat Islam di negara ini, isu itu perlu ditangani tanpa mengguris hati mana-mana pihak. “Kita yang mengamalkan ajaran Sunah Wal Jamaah perlu memberi contoh dan kesedaran kepada mereka yang mengamalkan syiah selain mereka…










