Belum putuskan Parlimen mana untuk Anwar - TPM - Utusan Malaysia

Belum putuskan Parlimen mana untuk Anwar – TPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI 7 Ogos – Tiada sebarang keputusan yang dibuat PKR pada masa ini berhubung kawasan Parlimen yang bakal ditandingi oleh Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut bekas Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, suaminya yang menang tanpa bertanding bagi jawatan Presiden PKR, Ahad lalu itu masih belum membuat keputusan mengenai kawasan Parlimen yang mahu ditandinginya.

“Memang saya katakan banyak yang menawarkan untuk mengosongkan kerusi mereka bagi memberi laluan buat Anwar namun kita dan Anwar sendiri belum membuat keputusan di mana dia nak bertanding,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Ahli Parlimen Selayang, William Wong yang menyatakan kesediaan untuk meletak jawatan bagi memberi laluan kepada bekas Timbalan Perdana Menteri itu untuk bertanding di kawasan berkenaan.

Akhbar hari ini melaporkan kawasan Parlimen yang bakal ditandingi Anwar masih menjadi tanda tanya berikutan pendirian Wan Azizah dan anaknya, Nurul Izzah yang mahu kekal menyandang kerusi masing-masing.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN