KOTA BHARU – Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun maut selepas terjatuh dari kereta sebelum digilis kenderaan tersebut yang dipandu bapanya sendiri di hadapan sebuah restoran di Wakaf Che Yeh, di sini malam tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 malam, mangsa, Muhammad Rayyan Rizqi Mohd. Fakhrul Zaman bersama ibu dan bapanya baru selesai makan di restoran berkenaan. Difahamkan, sebelum kejadian bapanya berusia 38 tahun membawa masuk mangsa terlebih dahulu ke…










