HULU TERENGGANU 30 Ogos – Kementerian Pembangunan Luar Bandar akan membantu memajukan inap desa di kampung-kampung sekitar Tasik Kenyir agar penduduk setempat mendapat lebih banyak limpahan ekonomi daripada perkembangan industri pelancongan. Menterinya, Rina Mohd. Harun berkata, Kampung Basung dan Pasir Dula terutamanya yang menjadi pintu masuk ke destinasi eko pelancongan itu perlu diberi perhatian, justeru prasarana yang lebih baik wajar disediakan untuk merangsang kejayaan program itu. “Saya gembira kerana Lembaga Kemajuan Terengganu…










